The Little Yana

Drama

KY Cook

Story

Assalamualaikum dah hai semua !!!! .

Bertemu kembali bersama Kak Yana didalam entri terbaru . Hari ini Kak Yana kau ni nak review satu drama yang kiranya sekarang tengah ‘ trending ‘ pum pam pum pam . Lagi satu hero dia ni memanglah hero kegemaran Kak Yana . Ceritanya dia Kak Yana tak pernah ‘ miss ‘ walaupun cerita nya ada yang ‘ meh '

Seumur hidup aku , aku tak pernah ye tengok cerita yang seronok macam ini . Cerita pasal dunia selari . Sebenarnya banyak nak aku ulas pasal dunia selari ni . Dalam English is parallel universe . Memang dengan kewujudan cerita ini, dunia selari sekarang tengah hangat diperkatakan . Ok berbalik kepada tajuk asal .


Apa yang seronok nya TKEM ini , drama ini dia tekankan banyak bab masa kau sekolah dulu terutamanya Fizik , Matematik , Sains Tulen dengan segala mak nenek yang kau belajar dulu semua jadi satu . Yang jadi tak seronoknya yang buat orang tak faham cerita ini kau kena ‘reverse’ episod yang lepas sebab dalam episode yang lepas ada klu untuk episode yang akan datang  dan banyak tanda tanya yang belum terungkai yang kau kena banyak fikir  . Bijak penulis drama TKEM ini


The King – Eternal Monarch dirilis 17 April 202
0 . TKEM bersiaran di SBS TV dan untuk siaran antarabangsa boleh tengok di aplikasi Netflix . Diarahkan oleh Baek Sang Hoon . ‘Suprisely’ direktor nya adalah direktor yang sama mengarahkan cerita Descendant of the Sun.


Lee Gon (Lee Min-ho), Maharaja Kerajaan Corea zaman moden, berusaha melintas dunia selari  di mana Republik Korea wujud sebagai pengganti Kerajaan. Dia bertemu dengan detektif Jung Tae-eul (Kim Go-eun), yang dia kenali dari kad pengenalan yang dia perolehi pada masa lalu , semasa pembunuhan ayahnya. Bapa saudara Lee Gon, Lee Lim (Lee Jung-jin), yang membunuh raja sebelumnya, Lee Ho (ayah Lee Gon), bersembunyi dan mengumpulkan pasukan sambil berulang alik  antara dua dunia iaitu dunia selari dengan dunia realiti . Didalam episod satu semua dia dah beritahu secara ‘ details ‘ disitu .

Adakah semuanya akan berakhir dengan penyudahan yang mengembirakan ataupun penyudahannya macam jalan cerita goblin dengan Scarlet Heart Ryeo ? . Malam nanti jawapannya . Tak sabar rasanya nak tau nasib si Lee Lim macam mana . Jahat yang tak boleh maaf dia tu !

Jalan cerita : 4 / 5 , Pelakon : 5 / 5 , Tema Drama : 0.5 , Genre : 0.3 , Bunyi : 5/5 , Visual : 5/5


Aku ada terbaca satu posting tentang ini .


Allahu ! . Bulan Ramadan ini masih ada gejala fitnah yang berleluasa . Bulan baik hari baik masalahnya . Aku memang belum masuk ke alam perkhawinan . Tetapi , aku sudah menyaksikan banyak kemusnahan rumah tangga akibat anasir luar . Mertua tetap orang luar . Keluarga mertua takkan sama dengan keluarga kita sendiri . Lagi – lagi dia sejak azali kau khawin dengan anak dia keluarga dia tak suka kau . Sebab itu , jangan mudah percaya dengan orang dan jangan menaruh tinggi harapan dengan orang .

Untuk kakak yang bernama Siti Rahayu . Kalau nasihat adik yang tak seberapa ini diharap bolehlah membantu kakak dalam membuat keputusan . Selebihnya kekurangan itu biar Allah dengan adik sahaja yang tahu . Dalam dunia ini memang tiada yang kekal kak . Semua hanya pinjaman . Bila Allah bagi kita pinjam bila – bila masa dia boleh ambil balik apa yang kita ada . Kalau kakak lebih selesa untuk lepaskan , lepaskan sahaja kak . Tapi , akak juga fikir semasak yang mungkin . Segala kemungkinan yang akak akan hadapi di masa akan datang .

Semoga apa jua keputusan kakak , kami sebagai nurtizen sokong akak daripada belakang .

Yang benar

Kak Yana 

Sosial Media  : 1 . Facebook - https://www.facebook.com/TheLittleYana93  

                          2 . Twitter - https://twitter.com/noormarliyana_


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Umum sudah mengetahui bahawa Malaysia sudah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah masuk hari ke 11  dan perintah itu dilanjutkan sehingga 14.April.2020 . PKP ini dijalankan ekoran wabak CoVid-19 . PKP dilakukan untuk mengekang wabak ini terus melarat .

COVID-19 , juga dikenali sebagai pandemik koronavirus 2019–2020 ialah wabak penyakit koronavirus 2019 yang berterusan secara global berpunca daripada sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2 (SARS-CoV-2). Wabak ini pada mulanya dikesan di pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, Hubei China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga 20 Mac , lebih daripada 246,000 kes COVID-19 telah dilaporkan dalam sekurang-kurangnya 180 negara dan wilayah, menyebabkan lebih daripada 10,000 kematian dan 87,000 pulih.Pada 13 Mac WHO mengumumkan bahawa Eropah telah menjadi pusat baru pandemik.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


Mengapa PKP dilanjutkan lagi dua minggu ? . Ini untuk memudahkan lagi pasukan perubatan untuk membuat ‘ screening test ‘ untuk PUI atau dikenali sebagai ‘ Patient Under Investigation ‘ . Selain itu , ia memudahkan lagi pasukan perubatan untuk mencari kontak rapat PUI . Kenapa pesakit yang positif CoVid semakin banyak hari ke hari ? . Sebab ‘ screening test ‘ berjaya membuahkan hasil dengan kerjasama kontak rapat dengan PUI membuat pemeriksaan di hospital . 


Jika PKP yang akan kita jalani selama 2 minggu lagi tidak berjaya . Kita akan mengalami nasib yang sama seperti Negara Itali . Atas kedegilan mereka wabak ini semakin meningkat dengan jumlah kematian yang kebanyakkannya warga emas mangsanya . Disini Kak Yana menyeru kepada semua kawan – kawan Kak Yana , kalau tidak ada keperluan untuk keluar , diminta duduk sahaja dirumah . JANGAN KELUAR !!! . Kedegilan anda menyusahkan lagi pasukan perubatan dan orang lain tak boleh keluar dengan bebas . Kau tahu tak ? .


Home

ABOUT ME

27 years old / Single not available / Kluang , Johor Darul Takzim / Southern Region Part Of Malaysia / Love eating , vlogging , photographer and etc . / I love my hobby because i want do anything . If you would like to use any kind of photography / text , you should use any proper attribution and contact me via email : mrsnoormarliyanamazlan@gmail.com to gain permission first . Thank you and happy reading .

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • #REVIEWDRAMA – THE KING ETERNAL MONARCH ( 더킹 : 영웡의군 주 )
  • PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ( PKP )
  • ANAK MENANTU VS MERTUA .

Contact Form

Name

Email *

Message *

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates