PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ( PKP )


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Umum sudah mengetahui bahawa Malaysia sudah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah masuk hari ke 11  dan perintah itu dilanjutkan sehingga 14.April.2020 . PKP ini dijalankan ekoran wabak CoVid-19 . PKP dilakukan untuk mengekang wabak ini terus melarat .

COVID-19 , juga dikenali sebagai pandemik koronavirus 2019–2020 ialah wabak penyakit koronavirus 2019 yang berterusan secara global berpunca daripada sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2 (SARS-CoV-2). Wabak ini pada mulanya dikesan di pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, Hubei China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga 20 Mac , lebih daripada 246,000 kes COVID-19 telah dilaporkan dalam sekurang-kurangnya 180 negara dan wilayah, menyebabkan lebih daripada 10,000 kematian dan 87,000 pulih.Pada 13 Mac WHO mengumumkan bahawa Eropah telah menjadi pusat baru pandemik.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


Mengapa PKP dilanjutkan lagi dua minggu ? . Ini untuk memudahkan lagi pasukan perubatan untuk membuat ‘ screening test ‘ untuk PUI atau dikenali sebagai ‘ Patient Under Investigation ‘ . Selain itu , ia memudahkan lagi pasukan perubatan untuk mencari kontak rapat PUI . Kenapa pesakit yang positif CoVid semakin banyak hari ke hari ? . Sebab ‘ screening test ‘ berjaya membuahkan hasil dengan kerjasama kontak rapat dengan PUI membuat pemeriksaan di hospital . 


Jika PKP yang akan kita jalani selama 2 minggu lagi tidak berjaya . Kita akan mengalami nasib yang sama seperti Negara Itali . Atas kedegilan mereka wabak ini semakin meningkat dengan jumlah kematian yang kebanyakkannya warga emas mangsanya . Disini Kak Yana menyeru kepada semua kawan – kawan Kak Yana , kalau tidak ada keperluan untuk keluar , diminta duduk sahaja dirumah . JANGAN KELUAR !!! . Kedegilan anda menyusahkan lagi pasukan perubatan dan orang lain tak boleh keluar dengan bebas . Kau tahu tak ? .


2 comments

  1. Sebagai rakyat kota kena patuh arahan yang di keluarkan supaya kita dapat putuskan rantaian Covid-19 ni.

    Done follow #1

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya betul awak . Terima kasih follow Yana

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.