#REVIEWDRAMA – THE KING ETERNAL MONARCH ( 더킹 : 영웡의군 주 )
Assalamualaikum dah
hai semua !!!! .
Bertemu kembali bersama Kak Yana didalam entri terbaru . Hari ini Kak Yana kau ni nak review satu drama yang kiranya sekarang tengah ‘ trending ‘ pum pam pum pam . Lagi satu hero dia ni memanglah hero kegemaran Kak Yana . Ceritanya dia Kak Yana tak pernah ‘ miss ‘ walaupun cerita nya ada yang ‘ meh '
Seumur hidup aku , aku tak pernah ye tengok cerita yang seronok macam ini . Cerita pasal dunia selari . Sebenarnya banyak nak aku ulas pasal dunia selari ni . Dalam English is parallel universe . Memang dengan kewujudan cerita ini, dunia selari sekarang tengah hangat diperkatakan . Ok berbalik kepada tajuk asal .
Apa yang seronok nya TKEM ini , drama ini dia tekankan banyak bab masa kau sekolah dulu terutamanya Fizik , Matematik , Sains Tulen dengan segala mak nenek yang kau belajar dulu semua jadi satu . Yang jadi tak seronoknya yang buat orang tak faham cerita ini kau kena ‘reverse’ episod yang lepas sebab dalam episode yang lepas ada klu untuk episode yang akan datang dan banyak tanda tanya yang belum terungkai yang kau kena banyak fikir . Bijak penulis drama TKEM ini
The King – Eternal Monarch dirilis 17 April 2020 . TKEM bersiaran di SBS TV dan untuk siaran antarabangsa boleh tengok di aplikasi Netflix . Diarahkan oleh Baek Sang Hoon . ‘Suprisely’ direktor nya adalah direktor yang sama mengarahkan cerita Descendant of the Sun.
Lee Gon (Lee Min-ho), Maharaja Kerajaan Corea zaman moden, berusaha melintas dunia selari di mana Republik Korea wujud sebagai pengganti Kerajaan. Dia bertemu dengan detektif Jung Tae-eul (Kim Go-eun), yang dia kenali dari kad pengenalan yang dia perolehi pada masa lalu , semasa pembunuhan ayahnya. Bapa saudara Lee Gon, Lee Lim (Lee Jung-jin), yang membunuh raja sebelumnya, Lee Ho (ayah Lee Gon), bersembunyi dan mengumpulkan pasukan sambil berulang alik antara dua dunia iaitu dunia selari dengan dunia realiti . Didalam episod satu semua dia dah beritahu secara ‘ details ‘ disitu .
Adakah semuanya akan berakhir dengan penyudahan yang mengembirakan ataupun penyudahannya macam jalan cerita goblin dengan Scarlet Heart Ryeo ? . Malam nanti jawapannya . Tak sabar rasanya nak tau nasib si Lee Lim macam mana . Jahat yang tak boleh maaf dia tu !
Jalan
cerita : 4 / 5 , Pelakon : 5 / 5 , Tema Drama : 0.5 , Genre : 0.3 , Bunyi : 5/5
, Visual : 5/5
0 comments
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.